CALPIS SODA ONE IN A MILLION
Calpis Soda, minuman kultur berkarbonat berperisa baharu di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kembalinya program ikonik “One In A Million” (OIAM) selepas 15 tahun.
Kini, Calpis Soda One In A Million hadir dengan format baharu yang segar dan ganjaran luar biasa untuk menginspirasi pemuzik berbakat di seluruh negara, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai pertandingan pencarian paling unggul negara.
HADIAH BERNILAI RM 1,000,000
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM 400,000, dan peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia.